30 November 2010
Gambaran Hari Kiamat
27 November 2010
Khilaf Tarikh Aidil Adha; Sejauh Mana Kekusutannya dan Sampai Bila?
Arab Saudi pula mengisytiharkan tarikh 9 DzulHijjah, iaitu tarikh hari ibadat wukuf pada hari Isnin, 15 November 2010.
Andai mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi, maka Aidil Adha ialah pada hari Selasa, 16 November 2010. Itu lah yang akan dilaksanakan oleh umat Islam di Arab Saudi, termasuklah jemaah haji dari Malaysia yang sedang berada di sana, Thailand dan beberapa negara Islam lain.
Persoalannya, kenapa Malaysia berbeza dengan Arab Saudi?
Untuk menetapkan tarikh hari ibadat Wukuf, iaitu 9 DzulHijjah, Kerajaan Arab Saudi akan mencerap anak bulan pada pemulaan bulan DzulHijjah. Penetapan tarikh dibuat betul-betul menggunakan kaedah Rukyah, iaitu melihat anak bulan. Arab Saudi tidak menetapkan berdasarkan Hisab. Hisab ialah perkiraan yang dilakukan oleh Ahli Falak atau Ahli Astronomi berdasarkan pergerakan bulan, bintang dan lain-lain. Untuk menetapkan ibadah puasa di bulan Ramadhan, Syawal dan DzulHijjah, Arab Saudi menggunakan rukyah, manakala Hisab digunakan untuk menetapkan perkiraan bulan-bulan lain kerana Arab Saudi menggunakan sepenuhnya Taqwim Hijri di dalam urusan rasmi mereka.
Aku pernah melalui satu tahun di mana taqwim untuk tahun tersebut terpaksa diubah kerana penetapan Dzulhijjah yang berbeza dengan apa yang telah tertulis di dalam Taqwim. Tahun itu, sepatutnya DzulQaedah adalah 30 hari berdasarkan Hisab dan itu yang tertulis di dalam kalendar Hijri tahun tersebut, tetapi oleh kerana anak bulan telah kelihatan, maka rukyah di utamakan dan kalendar tersebut diubah menjadikan DzulQaedah hanya 29 hari.
Kenapa Arab Saudi mencerap anak bulan DzulHijjah?
Kerana Arab Saudi ialah pemerintah yang bertanggungjawab menjaga Dua Tanah Suci Mekkah dan Madinah. Setiap tahun, umat Islam dari seluruh dunia akan berhimpun pada tarikh 9 DzulHijjah bagi mengerjakan rukun Haji, berdasarkan Hadis Rasulullah SAW :
"الْحَجُّ عَرَفَةُ"Yang bermaksud : Haji itu ialah (wukuf di) Arafah
Maka sebagai melaksanakan tanggungjawab mereka, pemerintah Arab Saudi melaksanakan rukyah bagi menentukan permulaan Dzulhijjah untuk mendapatkan perkiraan yang tepat bagi ibadah sebesar Haji ini.
Semua mengetahui Aidil Adha di sambut pada 10 DzulHijjah, sehari selepas wukuf di Arafah.
Atas dasar inilah, Aidil Adha adalah tertakluk kepada Hari Wukuf di Arafah, kerana 10 mesti datang selepas 9. Tarikh 9 DzulHijjah ditetapkan bertujuan penyempurnaan ibadah Wukuf yang berlangsung di Arafah yang terletak di Arab Saudi, bukannya di tempat lain.
Maka menjadi satu kemusykilan kenapa kita perlu mencerap anak bulan Dzulhijjah di Malaysia. Alangkan penetapan tarikh Ramadhan dan Syawal untuk kita di Malaysia ni adalah berpaksikan Hisab (dan Rukyah). Kita meletakkan Hisab terlebih dahulu dan rukyah kita hanyalah sebuah syarat untuk Ramadhan dan Syawal. Kenapa untuk DzulHijjah kita perlu melakukan perkara yang sama?
Kita tidak bertanggungjawab menetapkan tarikh Aidil Adha, kerana ianya akan tetap berlaku pada tanggal 10 DzulHijjah. Dari mana datangnya 10 DzulHijjah, dari 9 DzulHijjah, Hari Wukuf di Arafah. Maka kita sewajarnya menuruti tarikh yang diletakkan oleh pemerintah Arab Saudi yang berdasarkan rukyah tersebut kerana mereka mencerap untuk Ibadah Wukuf, bukannya untuk Aidil Adha.
Besar sangat kah masalah khilaf tarikh ini?
Aku unjurkan masalah yang berhubungkait dengan kekhilafan tarikh antara Malaysia dan Arab Saudi ini.
1. Bila kita nak tunaikan puasa sunat 9 DzulHijjah? Adakah Isnin(mengikut taqwim Arab Saudi) atau Selasa (Mengikut Taqwim Malaysia)
2. Bila kita nak Solat Aidil Adha (tak perlu hujahkan ianya hanya solat sunat, tak perlu bising-bising kerana itu hujah yang tidak berhujah sebenarnya), Selasa (mengikut Arab Saudi) atau Rabu (mengikut Malaysia)?
3. Sembelihan Qurban pada hari Sabtu. Mengikut Taqwim Malaysia, Sabtu 20 November ialah bersamaan 13 DzulHijjah, hari terakhir dari Hari-Hari Tasyriq yang dibolehkan kita melakukan sembelihan Qurban sehingga waktu Asarnya...tetapi kalau mengikut taqwim Arab Saudi, Sabtu itu dah 14 DzulHijjah, bukan lagi hari Tasyriq. Jadi masihkan sembelihan itu dikira Qurban atau jadi sedekah umum sahaja?
Ini adalah di antara sedikit persoalan yang timbul akibat kekhilafan tarikh Aidil Adha antara Malaysia dan Arab Saudi.
Masalah ini bukan baru timbul setahun dua, tetapi dah lama. Sejak aku kecik dah dok dengar selalu berlaku. Takkan tak ada satu pihak berwajib, khususnya yang berkaitan agama boleh duduk berbincang hal ini. Bukan memerlukan masa yang panjang pun, tapi akan pastinya memberi kesan untuk jangka masa yang amat panjang. Wallahua'alam
Doa Untuk Yang Kecewa
Seandainya telah engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagian antara kami….
agar kemesraan itu abadi…
Dan ya Allah…
ya tuhanku yang maha mengasihi…
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Tetapi ya Allah…
Seandainya telah engkau takdirkan…
dia bukan miliku…
Bawalah ia jauh dari pandanganku…
Luputkanlah ia dari ingatanku…
Dan peliharalah aku dari kekecewaan….
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Melontar bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja nan merah…
agar aku bahagia…
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Dan ya Allah yang tercinta…
Gantillah yang telah hilang…
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah…
Walaupun tidak sama dengan dirinya…
Ya Allah ya tuhanku…
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu…
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan…
Adalah yang terbaik buat ku…
kerana Engkau maha mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…
Ya Allah…
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan di akhirat…
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini…
Jangan engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….
Amin.. Ya Rabbal A’lamin.
09 November 2010
Karangan terbaik UPSR 2007 Karangan budak darjah 4
Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.
Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.
Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.
04 November 2010
.: Aku Dah Kawin Sekarang :.
Segan dowh! Memang obviouslah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, sao tak adalah cemburu sangat sebab dia jarang berborak dengan lelaki lain. Cantik? Memang laaaa…Kalau tak, aku comfirm tak sangkut punya. Haha! Cantik pada mata akulah. Member2 ponade yang cube usha. Sorile dia nak layan. Haha. emang market. Last2aku yang dapat, memangrasa bangga giler. Hehe
Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi taunama. Nama panggilan diaAra. Nama betoldirahsiakan. Hoho.Aku usha cara yang leklokla, gi jumpa bapak diadluu. gentlemen beb! Slowtalk ngan bapak dia. Err,bapak dia nama Marzuki.Bapak dia ni jenis sounddirect rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 lagua.
Sebabnya, bila diatanya kenal x anak dia?Gua cakap x sgt. bapak diatanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakapsebab minat. Minat sebabape? Gua cakap x tau..Habis kalu x dapat anakdia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni,cane ko nak kawin nganorg yang ko x kenal? Guajawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu engih2.. pastu bapak dia diam.Masa tu rasa down gile
Bapak dia cam tolakmentah-mentah jeproposal aku.. Ke dia sajanak uji kehebatan cintaaku?? Huhu.. Time tu akudh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang adelagi sorang yang aku suke.Haa yang ni gua memangkamceng giler. Yang nipulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.
Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorangterima. Warghh happy iler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika.Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.
Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah..dia macam biasa, cool je.. api cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang. Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuaragak.. Tapi bagi aku yangjenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye..
Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh.. Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.Sebab saying bini, makin lama makin kurang aku merokok.. kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.
Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident!
Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah?? Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!! Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!
Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup.. Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, sodia berani propose kaaku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak.
Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama..Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak.. Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2..
Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.
Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!
Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje..
Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi! Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak..
Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa.Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain.
Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Haffiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan?? Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?! So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!.
. Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtanggakami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!! Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap!
Aku rasa bagai kena tusuk dengananak panah yang tumpul bila dengar benda tu!!Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku?? Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kuang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantungdia skarang makin rosak akibat barah tu.
Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!! Aku buntu.. Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia..
Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung deritasetiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat akuJantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah.
Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni. Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anakkami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh.. Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walauponkat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Ara.. Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!
1 Julai 2007,
Buat suami yang baru kupunya,
Terima kasih kerana menawarkan cintamu, Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu, Ara memang cinta padamu, Dan Ara menangis bila abang melamarku Buat suamiku yang baru kupunya, Luaranku mungkin nampak sempurna, Luaranku mungkin ramai yang terpesona, Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka, Kerna suaraku bukan kepunyaan kita
Buat suamiku yang baru kupunya,
Andai abang ingin melihat Ara ketawa, Ara hanya mampu tersenyum pada abang, Andai abang mahu Ara berjenaka, Mungkin Ara kan menangis dibahu abang, erana Ara tak mampu berbica, eperti orang lain berbicara, Kerana Ara tak mampu ketawa, Seperti orang lain ketawa Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang, Ara pasrah dan relakan abang menjauhi, Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang, Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..
Yang benar,
Isteri yang menyanjungmu.
*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..
Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang? 4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?
Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku. Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia.
Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2. Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha..
Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.
“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah.. ”
Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan emeluk-meluk ibunya.. Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir.. Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara.. (T.T)
.: Kalau Tak Suka, Pulangkan :.
meeting tengahari tadi". Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.
Suasana sepi kembali.
wajah isterinya.
peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar
sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun
tak minta ganti rugi.
khayalannya.
Bukan..bukan tak suka
malah dia tetap sayang
sekalipun Laila bukan
pilihannya. Dunia akhirat
Laila adalah isterinya.
Cuma..
“ Mizi, makan!” Panggil
ibunya yang datang
menemaninya sejak
seminggu lalu. “Jangan
ikutkan hati. Yang sudah
tu sudahlah. ”
———————————————————————————-
“Papa! Makan!” Jerit
Aiman ,anak keduanya
sambil tersengih-sengih
mendapatkan dirinya.
“ Tak boleh panggil papa
elok-elok. Ingat papa ni
pekak ke ?”
Aiman menggaru
kepalanya yang tak gatal.
Pelik! Kenapa papanya
tiba-tiba saja marah. Dia
berpatah semula ke dapur.
“ Awak masak apa?”
“Mama masak sup tulang
dengan sambal udang!”
jawab Amirul memotong
sebelum sempat mamanya
membuka mulut.
“ Takde benda lain ke
awak boleh masak? Dah
saya tak nak makan.
Hilang selera !”
“Papa nak ke mana?” Soal
isterinya perlahan.
“ Keluar!”
“Mama dah masak Pa!”
“Awak saja makan!”
“Takpe Aiman boleh
habiskan. Cepatlah ma!”
Laila tahu Aiman hanya
memujuk. Anak keduanya
itu sudah pandai
mengambil hatinya. Aimin
tersandar di kerusi makan.
Sekadar memerhati
langkah papanya keluar
dari ruang makan.
“ Kenapa sekarang ni papa
selalu marah-marah ma?”
Soal Aimin sambil menarik
pinggannya yang telah
berisi nasi.
“ Papa banyak kerja
agaknya. Dah! Makan.”
“Abang tak suka tengok
papa marah-marah. .”
“Adik pun sama. Bila papa
marah muka dia macam
gorilla kan ?”
Kata-kata Aiman disambut
tawa oleh abang-
abangnya yang lain. Laila
menjeling. Di hati kecilnya
turut terguris.Besar
sangatkah dosanya hingga
menjamah nasi pun tidak.
Kalau ada pun salahnya,
apa?
Syamizi menjengah ke
ruang dapur. Kosong.
“ Laila..” serunya
“Sudahlah tu Mizi! Jangan
diingat-ingat. Kerja Tuhan
ni tak dapat kita tolak-
tolak. Bawak-bawaklah
beristighfar. Kalau terus
macam ni sakit kau nanti. ”
Kata ibunya yang muncul
tiba-tiba.
“ Sunyi pulak rumah ni
mak,”
“Lama-lama kau biasalah.”
Airmatanya menitis laju.
“ Kalau tak suka
pulangkan!” Dia rasa
terhukum. Hampir
segenap saat kata-kata
itu bergema di sekitarnya.
Dia rasa terluka.
Kehilangan yang amat
sangat.
———————————————————————————-
“Papa beli apa untuk
Aiman?” Soal Aiman
sebaik dia pulang dari
outstationnya.
“ Beli apa pulak? Barang
permainan kan bersepah
dalam bilik belakang tu. ”
“Tak ada lah?”
“Ingat papa ni cop duit?”
Aiman termangu. Dia
berlalu mencari mamanya
di dapur. Seketika
kemudian rumah kembali
riuh dengan telatah anak-
anak lelakinya yang
bertiga itu mengiringi
mama mereka yang
sedang menatang dulang
berisi hidangan minum
petang.
Wajah Laila direnungnya.
Ada kelainan pada raut
itu. Riaknya tenang tapi
ada sesuatu yang sukar
ditafsirkannya.
“ Awak tak sihat ke?”
Laila tersenyum.
Tangannya pantas
menuang air ke cawan.
“ Papa, tak lama lagi
abang dapat adik lagi.”
Aimin mencelah di antara
perbualan kedua ibu
bapanya.
Shamizi tersenyum. Jemari
isterinya digenggam erat.
Tiba-tiba cawan berisi
kopi yang masih panas
terjatuh dan pecah di
lantai. Aiman tercegat.
“Tengok! Ada saja yang
kamu buat. Cuba duduk
baik-baik. Kalau air tu tak
tumpah tak sah !”
Tempiknya membuatkan
anak itu tertunduk
ketakutan. Baju mamanya
dipegang kejap.
Lengan Aiman
dipegangnya kuat hingga
anak kecil itu mula
menangis. Pantas saja
akhbar di tangannya
hinggap ke kepala
anaknya itu. Laila cuba
menghalang tapi dia
pantas dulu menolak
isterinya ke tepi. Aiman di
pukul lagi. Amirul
menangis. Aimin
mendapatkan mamanya.
“Perangai macam beruk!
Tak pernah buat orang
senang !”
Laila bangun dari jatuhnya
dan menarik lembut
Aiman ke dalam
pelukkannya. Airmata
mereka bersatu. Pilu
sungguh hatinya melihat
kekasaran suaminya
terhadap anak-anak.
“Cukuplah pa. Papa dah
hukum pun dia tapi
janganlah sebut yang
bukan-bukan. ” Ujar Laila
perlahan
“ Macamana awak didik
budak-budak sampai
macam ni teruk
perangainya? Tengok anak
orang lain ada macam ni?
Anak kak Long tu tak
pulak macam ni. Panjat
sana , kecah barang. Gila
apa ?” Omelnya kembali.
Shamizi meraut wajah.
Bukan kepalang salahnya
pada Aiman. Padanya anak
itu tak pernah dapat
memuaskan hatinya. Ada
saja salah Aiman di
matanya. Ada saja yang
kurang di hatinya
terhadap anak-anak dan
isteri. Tak cukup dengan
perbuatan malah dia
begitu mudah
melemparkan kata-kata
yang bukan-bukan
terhadap mereka.
———————————————————————————–
“Tak boleh ke kamu
semua senyap? Dalam
sehari ni boleh tak diam?
Rimas betul duduk dalam
rumah ni. ”
Laila menyuruh anak-
anaknya bermain di
halaman belakang rumah.
Memberi sedikit ruang
buat suaminya menonton
dengan tenang.
Malangnya tak lama
kemudian kedengaran
bunyi tingkap kaca pecah.
“ Celaka betul!”
Sumpahnya sambil
menghempaskan akhbar
ke meja.
“ Abang!”
“Baik awak tengok anak-
anak awak tu sebelum
saya hambat dengan
rotan! Perangai satu-satu
macam tak siuman !”
Getusnya kasar.
Akhirnya tingkap yang
pecah kembali diganti.
Cerita sumpah seranahnya
petang itu hilang begitu
saja. Laila berubah.
Sikapnya yang pendiam
menjadi semakin pendiam.
Anak-anak juga sedikit
menjauh. Tak ada lagi
cerita Amirul di tadika.
Tak ada lagi kisah Aimin
yang cemerlang di dalam
sukan sekolahnya. Aiman
juga tak lagi mahu
memanggilnya makan.
Shamizi terasa puas hati.
Barangkali itu saja
caranya untuk memberi
sedikit pengajaran pada
anak-anak.
“Pak Ngah, Eddie nak
balik!” Shamizi terpana.
Dia mengangguk.
“ Kak Long balik dulu Mizi.
Sudahlah! Kamu muda lagi.
Cari pengganti. ”
Alangkah mudahnya.
Kalaulah dia boleh
bertemu lagi yang serupa
seperti Laila. Laila tak ada
yang kurang Cuma dia
yang tak pernah puas hati.
Laila tak pernah
merungut. Laila tak
pernah membantah.
Sepanjang usia
perkahwinan mereka Laila
tak pernah meminta lebih
dari apa yang dia beri.
Laila cuma dapat gred B
walaupun dia teramat
layak untuk mendapat
gred yang lebih baik dari
A.
“Laila”
—————————————————————————————————-
“Papa nak ke mana
hensem-hensem gini?” Dia
tersenyum sambil
menjeling ke cermin
meninjau bayang isterinya
yang kian sarat. “Wangi-
wangi lagi. Dating ye?”
“Saya ada makan malam
di rumah bos besar. Dia
buat makan-makan untuk
staff. ” Ujarnya masih leka
membetulkan kolar
kemeja batiknya.
“ Ikut boleh?”
“Dia tak ajak family. Staff
only!” Terangnya
sedangkan difikirannya
terfikir lain. Kali ni dia
akan pergi ke jamuan tu
dengan Helmi. Helmi akan
turut menumpangkan
Maria dan Harlina. Staff
yang masih muda dan
bujang.
“ Dalam setahun papa
selalu ke jamuan office
tapi tak pernah pun
bawak kami. ”
“Leceh kalau ada budak-
budak. Bukan tau duduk
diam Lari sana sini, panjat
itu ini. “
“Papa pesanlah..”
“Nantilah besar sikit.”
Dalihnya.
“ Kalau tunggu besar takut
takde peluang. Nanti
diorang tu dah tak nak
ikut pergi mana pun. ”
“Lagi senang. Saya kalau
lasak-lasak ni buat hati
panas je, ”
Laila terdiam. “Namanya
budak-budak. Anak-anak
papa tu lelaki. ”
“Saya pergi kejap je. Lepas
tu terus balik.”
“Mama tanya sikit boleh?”
Dia mengangguk
“ Bos tak pelawa atau papa
malu nak bawa mama dan
anak-anak ?”
Mereka dia tinggalkan di
rumah. Di jamuan tu ramai
staff yang membawa
keluarga mereka bersama.
Pada Shamizi dia mahukan
keselesaan sedangkan
hakikatnya anak-anak
staff yang lain lebih lasak
dan nakal. Semeja
hidangan untuk anak-anak
staff berderai bila ada
yang bermain tarik-tarik
alas kainnya.
“Never mind. Budak-budak
memang macam tu. Kalau
tak lasak tak cerdik, ” ujar
Mr. Kwai, tuan rumah.
Shamizi sedikit mengakui
kebenaran kata-kata itu.
Anak-anaknya pun nakal
tapi amat membanggakan
dalam pelajaran. Namun
dia rasa serba tak kena
bila bersama mereka.
Bimbang ada yang
menyata yang bukan-
bukan tentang anak-
anaknya yang lasak
apatah lagi tentang
isterinya Laila. Bimbang
dimalukan dengan
perangai anak-anaknya.
Bimbang jika dikatakan
Laila tidak sepadan
dengan dirinya. Dia
lulusan luar negara sedang
Laila cuma perempuan
kampung. Tak pandai
bergaya seperti staff
wanita yang lain. Betullah
jangkaan Laila, dia malu
untuk memperkenalkan
isteri dan anak-anaknya
pada rakan-rakan.
“Kalau tak suka
pulangkan!” Kata-kata itu
semakin keras di
fikirannya.
Pagi itu anak-anak sekali
lagi dimaki sebelum ke
sekolah. Semata-mata bila
Aimin dan Aiman bergelut
berebutkan tempat duduk
di meja makan
menyebabkan air cuci
tangan tumpah ke meja.
Berangnya tiba-tiba
menguasai diri. Kepala
kedua-duanya di lagakan
sedangkan perebutan itu
tidak pula disusuli dengan
perkelahian.
“Kamu semua ni..kalau
macam ni daripada ada
elok tak ada.
Menyusahkan! ” Laila
merenungnya dalam..
Matanya berkaca dan
anak-anak ke sekolah
tanpa menyalaminya
seperti selalu. Laila juga
tidak berkata apa-apa
sebelum menghidupkan
enjin untuk menghantar
anak-anak ke sekolah.
Shamizi dapat melihat
Laila mengesat
airmatanya. Dia terus
menghadapi sarapannya.
Sejenak dia terpandang
hidangan untuk anak-anak
yang tak bersentuh. Susu
masih penuh di cawan.
Roti telur yang menjadi
kesukaan anak-anak juga
tidak dijamah. Bekal di
dalam bekas tidak
diambil.Pelik! Selama ini
Laila tak pernah lupa..
“Kalau tak suka
pulangkan,”
Kali ini dia benar-benar
menangis. Laila dan anak-
anak terus tak pulang
selepas pagi itu. Hari-
harinya tak lagi diganggu
dengan gelagat anak-
anak. Rumah terus sunyi
dan sepi. Tetap dia tak
dapat tidur dengan lena.
Di halaman belakang
hanya ada kenangan.
Kelibat anak-anaknya
bergumpal dan berlari
mengejar bola tak lagi
kelihatan. Riuh anak-anak
bila mandi di bilik air juga
tidak lagi kedengaran. Dia
mula dihambat rindu.
Hanya ada kesunyian di
mana-mana. Hanya tinggal
bola yang terselit di
rumpun bunga.
Selaut rindu mula
menghambat pantai
hatinya. Laila.
Benarlah, kita hanya tahu
harganya bila kita
kehilangannya.
Laila terus tak pulang
sekalipun dia berjanji
untuk berubah.
Laila pergi membawa
anak-anaknya pagi itu bila
kereta mereka dirempuh
sebuah kereta lain yang
dipandu laju. Laila pergi
tanpa meninggalkan satu
pun untuknya. Laila pergi
membawa Aimin, Aiman,
Amirul dan zuriat yang
bakal dilahirkan dua bulan
lagi..
Dia menangis semahu-
mahunya bila menatap
wajah lesi anak-anak dan
isterinya. Dia meraung
memeluk tubuh Laila yang
berlumuran darah.
Hakikatnya Laila adalah
kitab lama itu, lapuk
bagaimana pun
dipandangan harganya tak
terbanding, dan kerana
keengganannya Laila
dipulangkan …….
.: "Abah, Bagilah Balik Tangan Ita" (isk..isk...isk...) :.
Kisah Si Kecil Ita
Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,l akaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya! Kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.
Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?!!!". Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan, "Tak tahu, saya tak tahu tuan!!!".
''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu? Apa kau buat?!!", herdik pula si isteri menambah.
Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata, "Ita buat ayahhh! Cantik kan?". Katanya sambil meluru ingin menerkam ayahnya bermanja seperti selalu. Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya manja.
Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.
Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri. Mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut.
Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Menangis teresak-esak keduanya dalam bilik. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.
Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.
Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu.
"Sapukan minyak gamat tu!". Balas tuannya, bapa si anak.
Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.
Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.
"Ita demam... ", jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu", balas si ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.
"Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap", kata majikannya itu.
Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.
"Tiada pilihan..", katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.
"Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah", kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua- dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.
"Abah, Mama...Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang Abah...sayang Mama...", katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.
"Ita juga sayang Kak Narti...", katanya memandang wajah pembantu rumah sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria. Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.
"Abah...bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil...Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi", katanya bertalu-talu.
Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.
***
P/S:- Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda. (,")(",)
03 November 2010
.: Awan Yang Terpilu:.
Saya b@BeLiciOus a.k.a. Fia_EziRa ingin melapor diri setelah mendapat tawaran hujung minggu lepas untuk bergiat aktif dalam aktiviti blogging ini. Maaf kerana lewat menulis entri pertama dari saya kerana kesibukan menguruskan mak dan juga daddy saya mengerjakan haji. penerbangan mereka pada 5 November 2010, 1.30 pagi waktu Malaysia. Hurm...rasa macam nak melalak je esok...tak sanggup nak berpisah dengan dorang. Tapi rasa menyesal sebab tak ikut dorang pergi haji...niat di hati sebab nak habiskan masa dengan yang tersayang tapi dia tinggalkan saya..Semua orang yang saya sayang tinggalkan saya...
BAB 1:
Alhamdulillah, akhirnya impian mak dan ayah dapat menunaikan Haji tahun nie tercapai. Saya rasa keajaiban dan terkesima dengan kuasa ALLAH SWT atas perubahan ayah saya..dari tak tahu apa-apa pasal agama sehingga hati dia terbuka untuk sembahyang, dan bermacam-macam lagi...
Ya Allah, aku bersyukur padamu kerana telah membuka hati ayahku...
dari Jumaat lepas saya menghabiskan masa bersama mereka..berkongsi cerita anak beranak,berkongsi ilmu, doa-doa dan bermacam-macam lagi..tapi saya kena kuat kalau tidak mak akan sedih dan risau pasal saya berseorangan di sini.
BAB 2:
Dalam bab ni saya nak cerita pula pasal kekasih hati saya...
Di sebabkan salah sedikit mungkin saya terlebih ego, degil...dia marah terus tinggalkan saya. Sedih hati ini bukan kepalang lagi...Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika ini. Betapa serabut, berkecamuk, gundah gulana...arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!rasa macam nak lari jauh-jauh...pergi oversea ke?? asalkan saya dapat lupakan dia...
Ya Allah, kau kuatkanlah dan tenangkanlah hatiku ini dalam menghadapi dugaan yang engkau berikan padaku ini...andai dia jodoh ku kau kembalikanlah dia padaku dan andainya dia bukan jodohku engkau jauhkanlah dia dari ku..
Akhir sekali maaf dan ampun dari saya andai ada terkasar bahasa dalam entri pertama saya...
nukilan,
b@BeliciOus
.: Ground Zero II :.
02 November 2010
.: Kelakarnya Suami Aku Nih... :.
Bila aku teringat balik cerita nih..aku mesti tergelak sorang-sorang…
Alkisahnya…aku nih ditakdirkanlah kawin dengan sorang mamat nih..ntah dari mana la datangnya…mak aku yang suruh..dia kata budak nih baik la alim la pandai la..lepas tu terus kami kawin.
Masa first time kawin tu, memang kucar kacir gak arr rumah tangga kami..dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati…
Eiiiii…geramnya aku!!!
Mana taknya,aku basuh baju dia sekali la ngan baju aku..then lepas basuh..nak jadi cerita..ada lah plak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku….haihhh..memang sakit hati…baju baru kot…mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia..kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna..dengan slumber dia kata..
”Lah..awat tak tanya…”
Eiii..geramnya aku!!!
Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pi shopping.Ok,fine..aku ikut jer la…weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pi shopping..sampai aku kalih kalih belakang..HILANG!!..
Aku cari gak dekat dekat area situ kot kot ada tapi memang hampeh…Aku try call, tak angkat..call lagi pon tak angkat..huhh..tension betul!! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta jer..seminit,..lepas tu dua minit,… lepas tu….SEJAM KOT!! Huhh..memang sakit hati betul!! Then bila dia mai dekat kereta, aku tanya, pegi mana? kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab..
“Lah..gi shopping la sayang…owh..ada call ekk?? Alah..lupa nak bagi tau…terlupa bawa hanset..hehe..”
Eiiii..geramnya aku!!!!
Seminggu lepas tuh..dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili api.. ok..fine…aku masak jer…Tapi memang la aku nih tak la pandai masak sangat…tapi bolehlah klu setakat nak makan kan..aku hidang bagi dia makan…Masa first time dia suap kat mulut tuh…Aku bajet dia nak kata apa-apa..Tapi dia diam..Memang tak kata apa-apa pon sampai dia habis makan..Habis makan pon tak kata apa..
Aku pon confius…dia ni no respond..sedap ka tak?? Hmm..klu ikut aku la..orang yang masak ni la kan…aku rasa ok jah lah..tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa..huhhh…..
Esok plak, time aku on the way nak balik dari tempat keje, kereta aku plak wat hal..tak boleh start..panik gak arr aku time tuh..malam dah nih..nak masuk Isyak dah…haihh..time aku balik keje lewat2 lah keta nak wat hal..then, aku call dia…
Yang aku tak boleh tahan tu..dia dengan slumber kata..
“Lah awat la call saya…call la mekanik…ingat call saya keta awak bleh jalan??….”
Eiii…geramnya aku!!!
Tapi…dia mai jugak lepas tuh…ada lah dia check apa ntah kt depan bonet tuh…dan lepas start…terus boleh…hmmm..dalam hati…aku kata,
“bleh la jugak mamat nih nak diharap…mekanik kecil-kecilan, janji free”…
Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pi outstation kat overseas. Dia kata pi kejap jah…2 MINGGU!!..hmm..aku memang no komen lah…dia nak pi buat keja dia…takkan nak kata tak boleh kot…keja arkitek…biasalah…busy la kot…
Tapi..memang agak sakit hati jugak lah..bleh dia lesap macam tu jah..lepas2 naik flight....kot2 la nak call bagitau dah sampai ka..ada kat mana ka…tapi memang hampeh!!..langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ka..tapi memang tak dak…kosong inbox!!
Eiii…geramnya aku!!!
Pagi tuh..aku basuh baju…ok..sekarang aku dah taw dah baju mana yang turun warna…aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh..sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tuh…jeng3..huishh..siap dengan surat lagi..
Suratnya berbunyi begini:
Kehadapan isteriku (cewahhh..),
Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa…jangan marah-marah ek..hehe..Saya bukannya apa…saja tulih surat nih..bosan…tak tau nak buat apa…hihi
Pertama sekali…saya nak bagi tau lah..mungkin awak tak kenal saya..tapi saya kenal jer awak…sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha..eh..awak tak ingat ka anak Pak Mail kawan ayah awak yang mai beraya kat umah awak time tuh??!! …Masa tuh..saya nampak awak dok main masak-masak kat belakang umah…hahaha…memang sangat lucu…saya nampak awak macam 'anak patung'..comel sangat…
Ishkk..awak ni..tak perasan ker??
Keduanya, sori la pasal hal shopping tuh..memang saja jer saya tak mau bawa hanset time tuh…hihi..takot terkantoi…yer la…saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh…memang tension..susah btul nak cari..memang patut la mahal dan memang patot la awak bengang satu hari…hihi…
Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak…hmm…mesti awak bengang kan sebab saya no respond…huhu…sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak terkata…Eh,saya makan dalam masa 5 minit ja kot..ikut jam dinding kat umah kita…
Ishkk..awak ni..tak perasan ker??
Keempatnya…time keta awak rosak…hmm..awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pi kat awak??!! Lepas2 tuh..jenuh saya nak pujuk diorang balik…Tau tak saya langgar smua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak??
Ishkk..awak ni..tak perasan ker??
Tapi lepas saya tahu saya kena pi outstation kt overseas..saya lagi seronok…happy glerr..sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja jer tak call awak…hihi…tapi saya ok jah…saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih…
“Wow,look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “
Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^)
Last but not least…awak..awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…
P/S: Try tengok sama x dengan baju awak yang rosak ari tu “bungkusan” nih…hihi
Love,
Suamimu
PS : Aq bercita2 jd mcm neh kot..heh
.: Syaitan (Sebuah Entri Reverse Psikologi) :.
Saya suka tengok dia tengok rambut awek dia. Cantik betul. Sungguh! Ikal mayang mengurai. Lembut!!! - Buat apa nak belikan tudung? Inilah masanya kau nak tayang awek kau kat orang lain. Kasik bakar sikit perasaan jejaka lain yang melihatnya. Barulah kau boleh 'giler' bangga forever.
Saya suka tengok dia tengok body awek dia. Cantik betul Sungguh! Gebu. Mantap!!! - Lagi elok kau belikan baju yang sendat-sendat. Biar dedah pusat, nampak aurat. Ada peluang masa berdating boleh peluk sana, peluk sini, seluk sana, seluk sini. Aku yang yang menengokpun tumpang layan. Pheh syoknya skodeng!
Saya sebenarnya tak sedih sangat tengok awek dia tak tidur, tak makan rindu kat dia. Kalau dia pun macam tu juga. Ada problem yang sama. - Nak tau apa ubatnya? Aku cakap kau capai handphone kau sekarang, ajak dia layan bersembang. Sampai ke subuh pun tak apa. Takpun bertukar-tukar sms yang asyik masyuk. Lagi bagus tukar gambar mms yang sensored. Laaaagi bagus lagi kalau handphone boleh buat video call. Tengok 'live' apa-apa yang patut sampai hanyut.
Saya juga tak berapa sedih kalau awek dia selalu pesan macam-macam kat dia. "Makan, minum, drive elok-elok tau. Nanti awak sakit saya susah ati bla bla bla bla", kata awek dia. - Inilah senjata aku yang paling berbisa. Akupun boleh mencucuk jarum. Kau pergilah ajak dia tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu. Kalau dia tak kata satu apa pun kira dia bagi linelah tu. Tak reti-reti? Apa peduli pasal dosa? Kesimpulannya kau orang dah memang suka sama suka. Redah sajalah.
Nak jumpa dia 'giler' forever. Yang forever punya forever. Di dunia dan akhirat terutamanya. Janji nak share hell sama-sama. Merana selamanya. Semoga mereka terleka. Dosa dengan diri pun sebati. Buat sama-sama, dosa lain-lain. Apa nak kira sangat, yer dok?
Ya Allah! Kau perkenankan permintaan aku untuk menyesatkan anak Adam sehingga hari kiamat. Semoga kami dapat bersama selamanya nanti.
*PS :- Hari-hari nak hasut macam neh. Hehe!
***
[ Ok, gua sebenarnya dah tak idea. Jadi senang cerita gua cilok je entri ni. Entri sebenar boleh lihat di SINI. KehKehKeh! Sori RiDz. ]
01 November 2010
.: Kisah Koboi Yang Malang :.
Gua pun bergegas ke halaman rumah gua yang saujana mata memandang sementara menantikan driver gua tiba. Kawasan kejiranan gua memang luas. Kalau Michael Jackson hidup lagi tentu wajahnya berubah menjadi gelap dek kerana cemburunya beliau melihat keadaan istana gua. Gua perhati sekeliling kemudian gua angkat tangan kepada jiran gua yang paling hampir. Jiran gua melambai semula kepada gua sambil menggunakan teropong.
Tak lama kemudian driver gua pun tiba dengan limosin. Setelah bumper kereta tiba di tiang letrik yang kedua, driver gua memberhentikan limo dan pintu limo betul-betul berada di depan gua. Oleh kerana gua seorang boss yang baik lalu gua membuka sendiri pintu limo dengan menggunakan tangan. Gua masuk, capai mikrofon lalu berkata, "Jalan!".
Gua melabuhkan badan sambil memulas aircond ke bahagian COLD. Tenang dan santai.
* * *
Sesampainya gua di kelab, gua lihat ramai staf lain telah memulakan kerja. O^P macam biasa jadi bartender air kopi. Fia_Ezira setia menanti pelanggan di muka pintu dengan bow tienya yang senget. Gua betul-betulkan bow tienya lagak seperti boss mendisiplinkan pekerja. Penuh eksen. Ni kalau Boss kelab nampak ni mati gua kena potong gaji sebab lebih sudu dari kuah. Lebih kuah dari kari, tak rasa apa langsung!
Gua pergi ke satu sudut kelab. Gua lihat Ridz dan Restu Ibu (Budak_KeciK) telah sedia ada di situ. Ridz tengah update fail lagu karaoke. Budak_KeciK tengah test mikrofon nyanyi lagu Maher Zain. Ya!...Inilah satu-satunya kelab malam paling Islamik pernah wujud di muka bumi ini. Gua sangat berbangga kerja di sini.
Setelah itu, gua hampiri mereka berdua. Gua bertanya, "Miyul mana Miyul? Tak Sampai lagi?". Ridz geleng-geleng kepala. Restu Ibu lagilah. Dengan muka tak bersalahnya khayal dalam dunia per'karaoke'an walaupun suara dia, Maher Zain pun tak sanggup nak dengar.
Gua gumam. "Hurmmm! Ni manjang datang lambat. Nak kena potong gaji ke budak Mirul ni". Gua angkat handphone gua. SMS aRu a.k.a Hellmaster.
"Mirul ada ngan ko tak Hell?". Gua teks ke Hell.
Tak lama kemudian handset gua berbunyi. Plolopop! Gua tengok ke skrin.
"Tukang Mop ada la ni". Hell balas pendek.
* * *
Jam menunjukkan ke pukul 1 pagi. Sepatutnya Mirul a.k.a Koboi melaporkan diri bertugas pada pukul 12.00 tengah malam tadi namun bayangnya pun tak muncul-muncul lagi. Tidak berapa lama kemudian gua nampak kelibat Mirul tergopoh-gapah.
"Hah! Apasal ko? Lambat hari ni?", gua bertanya atas kapasiti gua sebagai Pengurus Operasi.
"Sori Bewok! Kuda aku hilang", balas Mirul dalam termengah-mengah. Suasana dalam kelab yang tak berpelanggan agak suram. O^P dah start bancuh air sendiri. Ridz dan Restu Ibu memerhatikan keadaan kami berdua. Fia_Ezira dah ke dapur, basuh gelas. Jadah apa nak basuh gelas, gelas tak pernah berguna sebab kastemer pun tak ada.
"Macam mana boleh hilang? Ke ko bet kuda ko kat Zynga Poker ke?", gua bertanya lagi minta penjelasan.
"Betul Bewok. Kuda aku hilang pergi mana tah. Puas aku cari". Mirul dah buat muka serba salah. Ridz diam sahaja tak mau menyampuk. Tau juga dia takut kalau gua mengamuk. Tapi Restu Ibu, gua tengok dia dah tahan-tahan gelak kecil. Gua jegil mata kat Restu Ibu.
"Apasal ko??!!". Gua herdik sedas.
"Ehehehe!! Takder papper", Restu Ibu menjawab namun matanya meleret-meleret seolah-olah memberi isyarat sesuatu. Gua lihat ke arah lirikan mata Restu Ibu.
Selepas itu gua senyum. Hehehe!
"Takper Mirul. Ginilah. Ko takyah risau. Ko punch in kerja dulu. Aku rasa aku tau kat mana kuda ko tu". Kata gua dengan nada memujuk.
"Ye ke? Kat mana? Gilerr weiii! Jangan buat main-main. Aku sayang kuda aku tu! Nak pergi kerja pun susah ni". Cemas-cemas lega wajah Mirul.
"Adaaaa...Kuda ko selamat. Takyah risau". Kata gua.
"Kat mana weeiiii. Cakap la!", pinta si Mirul penuh belas ihsan.
Gua ambil nafas, gua jawab dengan lidah yang fasih lagi lancar.
"Kuda ko, Restu Ibu pinjam sekejap letak kat SINI".