31 October 2010

.: Saat Indah Awal Perkahwinan (Joke) :.

Teruna :- Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama
Dara :- Apakah kau rela kalau aku pergi?

Teruna :- Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!
Dara :- Apakah kau mencintaiku?

Teruna :- Tentu! Selamanya akan tetap begitu!
Dara :- Apakah kau pernah berlaku curang?

Teruna :- Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!
Dara :- Mahukah kau menciumku?
Teruna :- Ya!
Dara :- Sayangku....!

Sesudah 5 tahun perkahwinan....

Sila baca dari bawah keatas

.: Undian Admin Blog Paling Popular Di #KelabMalam :.

  1. MiRuL
  2. Yasmin binti Yusuff
  3. Restu Ibu
  4. SYARIENARIFEN
  5. wazy
  6. bunga damai
  7. Kringet
  8. Tukang Mop
  9. b@BeLiciOus
  10. Ridz
  11. reenz
  12. Tumit_Tinggi


Sila berikan undian anda...

.: Ubuntu?? Amende tu? Mari Kita Sama-Sama Mengenalinya. Jommm!!! :.



Sebelum ini anda mesti pernah dengar tentang LINUX. Ada juga yang cakap Linux ni susah la, selalu buat sakit kepala la dan macam-macam lagi. Linux sebenarnya banyak cabangnya, tentu anda semua pernah terdengar tentang UBUNTU.

Ubuntu adalah sebuah sistem operasi lengkap yang berasaskan Linux. Ia sesuai digunakan pada pelbagai jenis komputer. Apa yang menarik mengenai Ubuntu ialah, ianya PERCUMA!!! Anda bebas menggunakannya di mana sahaja. Ubuntu juga dilengkapi dengan aplikasi asas yang anda perlukan. Perisian yang disertakan dalam Ubuntu adalah bebas dan bersumber terbuka.

Jangan tak percaya, Ubuntu memang percuma. Anda boleh muat turun, disalin dalam cakera padat dan dikongsi dengan sesiapa sahaja. Bukan seperti perisian Microsoft Windows yang memerlukan anda membayar lesen. Sungguhpun Ubuntu tidak kebal, namun setakat ini tiada lagi virus yang dapat menerobos masuk ke sistem operasi ini.

Jika anda mahu mencuba UBUNTU anda boleh memuat turun di sini
---> UBUNTU <---

Pada entri akan datang, saya akan cuba untuk memberitahu tentang bagaimana untuk proses instalasi ubuntu ini. Insya-Allah.

.: Saya :.

Saya suka tengok jari awek saya. Cantik betul. Sungguh! Sampai takut nak pegang. Bukan takut patah. Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other di satu hari yang 'giler' forever depan Yang Maha Esa.

Saya suka tengok rambut awek saya. Cantik betul. Sungguh! Sebab tu saya belikan tudung. Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak. Tapi takut nanti terbakar dek api neraka di suatu hari yang 'giler' forever.

Saya suka tengok body awek saya. Cantik betul. Sungguh! Sebab tu saya belikan dia telekung Supaya masa dia jumpa dengan 'Kekasih dia Yang Utama', dia lagi cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh syoknye!

Saya sedih tengok awek saya tak tidur, tak makan rindu kat saya. Saya pun macam tu jugak. Ada problem yang sama. Dia tanya apa ubatnya? Saya pun bagi dia Quran untuk penenang jiwa. Semoga dia lebih cintakan-Nya dari saya.

Saya sedih tengok awek saya selalu pesan macam-macam kat saya. "Makan, minum, drive elok-elok tau. Nanti awak sakit saya susah ati bla bla bla bla", katanya. Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu, dia tak kata satu apa pun. Berdosanya saya.

Kesimpulannya saya memang sayang dia.

Nak jumpa dia 'giler' forever. Yang forever punya forever. Di dunia dan akhirat terutamanya. Janji nak share heaven sama-sama. Bahagia selamanya. Semoga kami saling mengingati. Dosa sendiri pun infiniti. Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni. Semoga kami menginsafi diri.

Ya Allah! Ampunkanlah kami. Semoga kami dapat bersama selamanya nanti.





*PS :- Hari-hari nak doa macam neh. Hehe!

.: 5 Reason's Why I'm Single :.

1. Girls always cheat/played my heart.

2. I put 100% trust on love, and what I got back is just a fuc sadness and disturb emotional abnormal for my life.

3. I'm not good looking, a emotional guy that craps girls out. Because I'm not good looking/poor/lonely.

4. I'm not 'Matured'. And they call me 考えすぎ 'kangaesugi' mean I think so much and then I just dont know what the hell I'm going to do.

5. I'm a loser. So there is nothing more bout it. I'm sick of love.

So girls. Don't ask me why ok anymore ok? I'm sick of it. By any chance. I might find one. But dont force me do. サンキュウ~ :3

Oh btw.

.: Abam AzRoI Yang Kesunyian. I Like!!! ;)~ :.

Lama betul channel kita ditinggalkan. Semuanya angkara fesbuk. Saya sangat kesian melihat sama itu AzRoI. Dengan siapa lagi dia mahu bersenda gurau di waktu-waktu sebegini? Bantulah dia kawan-kawan.









*Klik gambar untuk kasi besar.

.: Membuat 'Hal' Dengan Mark Zuckerberg :.

Orang kata, kalau dah menggunakan aplikasi orang tu gunalah dengan berhemah sikit. Tak adalah nanti sampai kena banned. Ye dok?

Apapun diucapkan selamat datang buat MiRuL a.k.a k0b0i a.k.a Apex sebagai salah seorang admin blog #KelabMalam.















*p/s : Gambar di'snap' dari wall MiRuL.

30 October 2010

.: Assalamualaikum :.

Assalamualaikum.

Salam ukhwah silaturahim kasih sayang untuk semua sahabat-sahabat yang dikasihi. Namaku Iman Alia. Nama penaku BUNGA DAMAI. Kawan-kawan nak panggil aku apapun aku tak kisah. Asal sedap didengar.

Aku seorang yang periang dan suka bergurau. Kalau mood aku tak baik. Aku sensitif gak. Biasalah manusiakan, bukannya sempurna. Tapi apapun aku kira oklah, Suka pada persahabatan, kedamaian juga kasih sayang kemanusiaan dan alam.

Aku pun tak tahu apa yang aku nak tulis. Tapi yang pasti, aku menulis bukan kerana nama (Ewahh! Macam lagulah pulak). Aku menulis kerana aku memang suka menulis dan dari kecil aku diajar menulis.

Anak-anak sekarang sangat beruntung kerana dilahirkan dalam berbagai kemewahan dan kemodenan. Tidak seperti zaman kecil-kecil aku dulu. Susah wooo! Walaupun aku dilahirkan selepas merdeka. Masa tu mana ada lampin pakai buang macam sekarang. Apatah lagi keluargaku hanyalah keluarga petani. Mak kata, mak hanya balut aku dengan kain batik jer! Tapi mak dan ayah sayang aku bagai menatang minyak yang penuh. Mana tidaknya. Sebab aku baby baik dan comel...Hahaha! (perasan sikit). Ni mak aku cerita. Apapun semua bayi adalah comel. Orang tak sayang anak jer buang-buang bayi.

Okey! Aku nak cerita mula-mula aku belajar menulis.

Aku tulis hurup 'a'. Penuh muka surat buku rampaian. Itu hari pertama aku ke sekolah. Aku buat bulat dulu macam ni 'O', kemudian aku garis macam 'I' di tepinya. Rapatkan O dan I.

Cikgu tulis kat atas helaian buku aku dengan pen warna merah a...a...a...a...a, aku pun ikut kat bawah dengan pensel. Helaian pertama tu, mula-mula tulis besar jer. Lepas tu makin kecillah pulak. Menyerong ke tepi.

Aduiii! Makin menipis getah pemadam aku sental kat buku tu. Aku buat sampai lurus. Esoknya aku pergi ke sekolah. Senyum jer.

Cikgu bagi markah A. Wahhh! Sukanya aku. Kembang rasa hati berbunga-bunga.

Lepas tu cikgu ajar tulis b...b...b...b... pula dan seterusnya c...c...c...c... sampailah ke z...z...z...z... (Nasib baik tak ZZzzz = tidur). Bangganya aku bila cikgu puji tulisan aku cantik. Kembang kempis gak hidung aku masa tu. Asyik dapat A jer.

Masih ku ingat. Hari pertama aku ke sekolah. Malam tu aku langsung tak dapat tidur. Terasa lambat betul hari siang. Kasut sekolah, baju sekolah dan semua buku-buku aku letak tepi bantal. Aku pesan dengan emak berkali-kali, sampai emak aku pun naik rimas. Hehehe! Dan aku pun tak tahu jam berapa aku terlena.

Aduiii! Malam tu pula bulan terang. Aku sangka hari dah siang. Aku tak tidur dan aku kesiangan. Punyalah kuat bunyi siren (menangis) aku. Hehehe! Gempar seisi rumah. Mak dan ayah aku sangka aku di gigit binatang berbisa. Aku terus menggelupur bangun mandi. Pakai baju sekolah, setokin dan kasut.. Mak dan ayah gelak. Jam baru pukul 4 pagi. Mak suruh aku masuk tidur semula. Huhuhu!

Pagi itu, mak buat cekodok pisang. Kuih kegemaran aku dan kopi panas. Tapi aku rasa tak tertelan. Punyalah nak cepat dan tak sabar rasanya nak menjejakkan kaki ke sekolah. Ayah senyum jer.

"Bongsu bunga lada memang macam tu", kata ayah.

"Bongsu mengada-mengada", kakak aku pulak mencelah. Punyalah aku geram, mereka perli-perli aku pulak. Tapi tak apa, aku sabar jer. Hehehe!




Alamak! Hari dah petanglah...
Nanti aku sambung lagi tulisan aku, ekkk?


BUNGA DAMAI
okt-30 : 6:42 pm

29 October 2010

.: Nak Menang SmartPhone Blackberry Curve? :.

Assalamualaikum Semua.



*Klik gambar untuk maklumat pertandingan.

Hari ni aku nak promote 'Contest Nak Menang SmartPhone Blackberry Curve?'. Wahhh!! Bila tengok tajuk je mesti best kan? Ok. Tanpa membuang masa jom kita baca sampai habis syarat-syarat contest ni.

Syarat-syarat Pertandingan

1. Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia pada semua peringkat umur.

2. Cabaran ini berlangsung selama 3 bulan sahaja dari 1/10/2010 - 31/12/2010.

3. Peserta TIDAK DIMESTIKAN membeli apa-apa produk untuk melayakkan menyertai pertandingan ini.

4. Peserta MESTILAH memberikan kupon percuma ini kepada kenalan, saudara-mara dan sesiapa sahaja namun TIDAK DIBENARKAN melakukan SPAM

5. Hanya Peserta yang mendapat sebaran LEBIH 3000 'klik' ke atas sahaja yang akan layak memenangi hadiah utama. Maksimum RM 350.00 wang tunai.

6. Jika TIADA atau TIDAK cukup 3000 klik peserta layak sekadar memenangi Hadiah Tempat Pertama sahaja. Maksimum RM 250.00 wang tunai.

7. Hadiah Saguhati! 5 Peserta yang menyertai akan tetap memenangi komisen yang terhasil melalui "uniq referral link" yang terhasil dengan syarat MESTILAH memperolehi minima 500 orang yang klik melalui "uniq referral link" beliau. Maksimum RM 50.00 wang tunai.

8. Peserta yang menang akan dimaklumkan melalui panggilan telefon sahaja.

9. Kami berhak memaparkan nama & wajah pemenang- pemenang untuk tujuan hebahan dan promosi.

10. Keputusan kami adalah muktamad dan pihak kami berhak memindanya tanpa sebarang notis.

*Cabaran ini akan berlangsung selama 3 Bulan bermula hari ini sehingga hujung tahun 2010. Tarikh tutup cabaran ialah pada 31/12/2010.

Hadiah Contest

1 X Hadiah Utama ( LEBIH 3000 orang terbanyak )

Handphone BlackBerry Curve + Tajaan Produk Majlis(300 pax) + Komisen Per Klik Maksimum RM 350.00 Wang Tunai + Karikatur Wajah anda percuma + T-shirt Ekslusif kugeeku*

Atau

1 X Hadiah Tempat Pertama ( KURANG 3000 orang tertinggi)

Tajaan Produk Majlis( 300 pax) + Komisen Perklik Maksimum RM 250.00 Wang Tunai + Karikatur Wajah anda Percuma + T-shirt Ekslusif kugeeku*

1 X Hadiah untuk Pemenang Tempat Ke-2

Tajaan Produk Majlis (150pax )+ Komisen Perklik Maksimum RM 150.00 + Karikatur Wajah anda Percuma + T-shirt Ekslusif kugeeku*

5 X Hadiah Saguhati (Minimum 500 klik)

Komisen Perklik Maksimum RM 50.00 Wang Tunai + T-Shirt Ekslusif kugeeku*

Cara Penyertaan

1. Daftar Kupon Percuma di sini, untuk menebus kupon.

2. Sebarkan kupon percuma ini - Perkara ini hanya akan berlaku sekiranya anda telah mendaftar dan mempromosikan "Uniq Refferal Link" yang ada di akaun khas anda.

3. Untuk keterangan lanjut, boleh klik kupon di bawah ini :-

Kupon Percuma kugeeku




*P/S : Jom kita meriahkan lagi contest ini. Hadiah-hadiahnya pun menarik, jadi apa tunggu lagi? Jom la join!!!

.: Tragedi Yang Dicari :.

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit", kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya. "Cantik isteri abang hari ni", Usin mencubit pipi Liza lembut.

"Ayah! Ayah! Cepat la yah", Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni". Balas Usin. Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.

"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?", ujar Liza.

"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang". Usin berkata kepada isterinya tercinta. Perjalanan dari KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap di kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza.

"Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung", Usin berkata dalam hati. Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan 'Honda Civic'nya mula memecut. Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh! Abang, kenapa bawa laju sangat ni?", tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya.

"Tak ada-apalah sayang, rileks ok. Cepat sikit kita sampai kampung nanti", balas si Usin.

"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa. Jangan laju sangat bang, Liza takut". Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya.

"Rileks sayang. Tak ada apa-apa". Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa!!! Kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?". Kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.

"Sudahlah tu bang". Liza memujuk suaminya agar berhati-hati memandu.

"Haaa! Tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang potong dia aaa....". Usin terus masuk gear 3. Pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan...

Di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah!

BANGGGGGGGGGG!!!!!

* * *

"Usin! Usin! Bangun Sin", sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ.

"Mana Liza mak? Macam mana keadaan dia? Farah? Adi?...Mana anak-anak saya mak???", bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Usin tepat-tepat.

"Macam mana dengan isteri Usin mak? Liza? Liza!!!!!", Usin masih terus menangis.

Paannngggggggggggggg!!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?








"Banyaklah engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!", emaknya terus merungut sambil berlalu keluar...dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut!

Malu beb!!!

Sekian.




*Moral : Pandulah kenderaan dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi.

.: 'Line Up' Terkini :.

Sekarang kita sudah menerima kemasukan para admin blog yang baru. Selamat datang diucapkan kepada mereka. rasanya tak perlulah kita perkenalkan mereka siapa. masing-masing dah memang 'glemer' pun di kalangan user #KelabMalam. Tapi bagi yang masih baru tu, saya perkenalkan juga

reenz @ miss_reenz

syina @ dRSyariena

bunga damai @ ImanAlia

b@BeLiciOus @ Fia_Ezira

Yasmin binti Yusuff @ del_rissa

Semoga kehadiran mereka (semua 'bunga' lak tu) akan dapat merancakkan lagi seterusnya menghidupkan kembali blog yang telah sekian lama usang ini.

Sebagai langkah dan tugasan pertama kepada mereka...

Errrrrr....





Beratur semua...






"Masing-masing sila ambik penyapu kat dalam stor sana yer. Kemas-kemas blog ni apa yang patut. Saya sudah lama menge'mop' lantai blog ni. Sekarang saya mau rilek. Ok!"

"Move! Move! Buat kerja sekarang!!!...KehKehKeh!"

28 October 2010

.: Salam :.

Assalamualaikum...

Belum terfikir lagi bagaimana mahu memulakan tugasan di tempat baru ini. Jumpa lagi nanti bila dah ada idea.

Bye, Wasalam.