30 September 2010

.: Zida :.

Tidak banyak yang gua boleh perkatakan mengenai pemilik nick Zida (Jida) kerana gua jarang berborak dengan dia sepanjang gua terlibat dengan dunia irc. Kecuali beberapa perkara yang selalu gua nampak diperkatakan di public channel, gua letakkan diri gua sebagai orang yang mengenali beliau secara luaran sahaja.

Masa gua mula-mula masuk ke irc dulu, gua sering nampak nick dia di channel #veteran di mana beliau merupakan salah seorang OP di situ. Tiap kali channel didatangi mereka yang tak dikenali dan merapu-rapu sehingga ke hal 18sx, Jida pasti akan menghantar notis ke public, *This is not a sex channel. Bergegar sekejap skrin gua.

Gua juga tak pernah bergathering semenjak gua melakukan 'comeback' ke dunia irc. Tidak seperti chatters lain yang lebih mengenali beliau dan pernah bersua muka dengannya. Oleh itu apa yang cuba gua kongsikan ini tidak lebih dari dedikasi seorang chatter kepada chatter yang lain.

Gua link dengan Jida ni pun secara tak langsung. Waktu mula-mula dulu, gua sering dikaitkan dengan suami beliau (masa tu belum suami dia lagi, seingat gua), iaitu SeSumpah aka tamrong aka Don McGrago Montoya. Sehinggakan gua menggelarkan tamrong sebagai 'kajen' (cousin, merujuk kepada biawak komodo dan sesumpah dari keluarga yang sama).

Berbalik kepada hal Jida, sepanjang yang gua tahu beliau telah lama menderita sakit. Gua syak dia mengalami kanser. Ini berdasarkan pengamatan gua yang beliau telah menjalani rawatan kimoterapi. Ada sekali tu, ramai sahabat-sahabat irc datang menziarah ketika beliau dirawat. Dari apa yang gua dengar beliau betul-betul berjuang melawan penyakitnya itu disokong oleh suaminya sendiri serta kaum keluarga yang lain.

Sebagai seorang pengguna irc yang hanya berhubung di alam maya, gua memperingatkan diri gua dan diri lu. Hidup ini adalah realiti. Mati juga realiti. Tiada yang virtual bila memperkatakan tentang soal hidup dan mati. Tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Semua manusia tidak terkecuali termasuklah gua, lu ataupun dia.

Malam tadi, gua mendapat berita bawah akhirnya setelah lama sengsara dan berjuang melawan penyakit, Jida aka Zida aka Hadzida bt Ali telah dipanggil menemui Illahi. Oleh itu, melalui entri ini, gua merakamkan perasaan simpati gua kepada seluruh ahli keluarganya. Kepada kajen, gua harap lu tabah menghadapi ujian ini. Takziah. Semoga roh Hadzida Ali tenang bersama roh orang-orang yang mukmin.

Al-Fatihah...





* * * * *

"Senyum, tawa, perjuangan dan semangat. Itu yang tinggal sebagai kenangan. Simpan kenangan bersama malam kecundang. Patah sayapnya kehampaan".

11 September 2010

.: Test Keyboard 1 2 3 :.

ua pun terkejut gak bila kena gegar suh update blog. Cilake punya Tukang^Mop. Tak reti hari raya ke? Gua rasa Kelab Malam tu punya bersih dah tahap gigi Cameron Diaz dah kalau macam ni lah stail kerja si Tukang^Mop. Hari-hari dia kasi mop.

Oklah, entri pemanas gua untuk edisi raya ini apa lagi kalau bukan gua mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin. Bagi yang belum kenal siapa gua, baik gua cerita secara ringkas hikayat gua kat irc ni. Ceritanya begini.

Pada zaman dahulu...
[ ya...benar. Cerita hikayat mesti bermula dengan ayat begitu. ]

Di sebuah zon borak maya yang dipanggil irc, x silap gua tahun 2004. Masa tu gua tengah merentas masa. Guna mesin masa lah. Kalau merentas desa itu lain cerita.

Kebetulan gua berada di garis meridien +7 jam 8 minit 600.55 megahertz, gua tercampak ke alam siber dalnet. Gua tak reti apa pun masa tu bhai. Yang keluar kat skrin kompiter gua ialah satu window tertulis mIRC Favourites. Enter a channel name and click join :

Gua pun klik la perkataan #Beginner dalam window tu. Tiba-tiba gua tercampak kat satu lembah yang gersang. Semua mat saleh. Rupanya mIRC ni ialah satu mekanisme untuk berborak sesama rakan maya. Kadang-kadang berborak dengan bot (robot) pun boleh.

Oleh kerana bahasa english gua agak ekselen, lalu gua mencari channel kebangsaan. Tune punya tune maka gua pun dapatlah masuk channel bernama #kampung. Maka kat situ bermulalah sejarah perborakan gua di samping kerjaya sampingan gua yang lain iaitu mengorat makwe.

Modal ayat yang gua belajar masa tu kalau nak kenal makwe ialah A/S/L? Kalau ada 'f' tu makwe lah. Kalau tulis 'm' cepat-cepat gua klik nick lain.

Berbalik kepada sejarah gua, tahun 2004 tu gua guna nick ACAB. Sebab apa gua guna nick tu? Gua pun tak tahu. Agaknya mula-mula gua nak taip ABC tapi dek kerana typho gua tertaip ACAB. Tak sangka pulak ACAB ni sebuah kumpulan muzik underground yang tengah 'hip' masa tu.

2004 sampai 2006 gua pencen (sebenarnya gua kena retrench sebab gua tiada perbekalan line internet kat rumah). 2008 gua masuk semula ke arena irc. Kali ini gua guna nick Biawak^Komodo. Masuk channel #veteran, mudah-mudahan gua akan jumpa kawan-kawan lama gua tahun 2004 dulu yang gua anggap sudah veteran.

Gua masih maintain solid muda berseri.

Di #veteran, manusia yang bertanggungjawab membawa gua ke lembah noda #KelabMalam ialah bukan manusia. Dia ialah iblis yang menggunakan nick eblyss. Sehingga itu gua pun berkenalanlah dengan semua ahli channel #KelabMalam termasuklah pengasasnya Encik Ismail. Entah nama betul ke tidak.

Hujung tahun 2009, gua dah tak berkecimpung dalam arena irc lagi. Nak tau kenapa? Ini semua salah Mark Zuckerberg. Entah-entah dia ni pun bukan manusia. Lagi iblis dari eblyss. Kerja gua dalam hikayat ni asyik nak melawan iblis je. Memang tak ada pari-pari tolong gua.

Gua seorang je yang tahu kelemahan beliau. Akhirnya setelah bertarung 9 hari, gua berjaya menikam Mark Zuckerberg di bahagian pusat dengan menggunakan jarum peniti tudung bawal. Mark Zuckerberg mati dan facebook juga termusnah terbakar.

Sekian entri gua. Hiduplah gua aman dan damai, bahagia selamanya.
[ ya...benar. Cerita hikayat mesti berakhir dengan ayat begitu. ]


***

p/s : Woi!!! Tukang^Mop, taip entri ni gua dapat duit ker?
p/s : Wo!!! wazy. Aku dah klik link hang. Link hang ni betui ka buleh buat dwet? Aku tgh pokai ni. Maklum laaaa. Repas raya.

.: Salamz :.

Terima kasih kerana sudi menjemput saya untuk menjadi penulis undangan di blog ni
hehehe.Kalau korang rajin ,klik la url ni yer,just untuk support http://www.dapatwang.com/?id=wazy

.: #KelabMalam Musim Baru :.

Salam..

Saya mau ucap selamat hari raya kepada semua kawan2 admin juga para user yang pernah masuk sana #Kelabmalam, Dalnet atau #KelabMalam fesbuk. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Di kesempatan ini juga, kepada sesiapa tak kira admin atau user yang berminat mau turut serta sebagai penulis dalam ini blog. Mereka itu bolehlah berbuat demikian dengan merikues kapada saya. Nanti saya bagi akses boleh conteng-conteng ini blog.

Segeralah cepat berbuat demikian. Rikues di alamat email saya, kelabmalam.dalnet [at]gmail.com . Saya amat-amat menantikan kehadiran saudara-saudari.

Sekian, Trima Kaseyyyyyyyy!!!~~~