31 October 2010

.: Ubuntu?? Amende tu? Mari Kita Sama-Sama Mengenalinya. Jommm!!! :.



Sebelum ini anda mesti pernah dengar tentang LINUX. Ada juga yang cakap Linux ni susah la, selalu buat sakit kepala la dan macam-macam lagi. Linux sebenarnya banyak cabangnya, tentu anda semua pernah terdengar tentang UBUNTU.

Ubuntu adalah sebuah sistem operasi lengkap yang berasaskan Linux. Ia sesuai digunakan pada pelbagai jenis komputer. Apa yang menarik mengenai Ubuntu ialah, ianya PERCUMA!!! Anda bebas menggunakannya di mana sahaja. Ubuntu juga dilengkapi dengan aplikasi asas yang anda perlukan. Perisian yang disertakan dalam Ubuntu adalah bebas dan bersumber terbuka.

Jangan tak percaya, Ubuntu memang percuma. Anda boleh muat turun, disalin dalam cakera padat dan dikongsi dengan sesiapa sahaja. Bukan seperti perisian Microsoft Windows yang memerlukan anda membayar lesen. Sungguhpun Ubuntu tidak kebal, namun setakat ini tiada lagi virus yang dapat menerobos masuk ke sistem operasi ini.

Jika anda mahu mencuba UBUNTU anda boleh memuat turun di sini
---> UBUNTU <---

Pada entri akan datang, saya akan cuba untuk memberitahu tentang bagaimana untuk proses instalasi ubuntu ini. Insya-Allah.

4 comments:

Ridz said...

asik u je buntu..i bila nk buntu?

Ridz said...

kalo pakai window 7..takyah pakai ubuntu pon orait kan?

MiRuL said...

tp windows 7 masih microsoft.. klu nk mencuba ubuntu pon apa salahnya.

Ridz said...

takut i yg buntu nt cane?...hehe