Assalamualaikum.
Salam ukhwah silaturahim kasih sayang untuk semua sahabat-sahabat yang dikasihi. Namaku Iman Alia. Nama penaku BUNGA DAMAI. Kawan-kawan nak panggil aku apapun aku tak kisah. Asal sedap didengar.
Aku seorang yang periang dan suka bergurau. Kalau mood aku tak baik. Aku sensitif gak. Biasalah manusiakan, bukannya sempurna. Tapi apapun aku kira oklah, Suka pada persahabatan, kedamaian juga kasih sayang kemanusiaan dan alam.
Aku pun tak tahu apa yang aku nak tulis. Tapi yang pasti, aku menulis bukan kerana nama (Ewahh! Macam lagulah pulak). Aku menulis kerana aku memang suka menulis dan dari kecil aku diajar menulis.
Anak-anak sekarang sangat beruntung kerana dilahirkan dalam berbagai kemewahan dan kemodenan. Tidak seperti zaman kecil-kecil aku dulu. Susah wooo! Walaupun aku dilahirkan selepas merdeka. Masa tu mana ada lampin pakai buang macam sekarang. Apatah lagi keluargaku hanyalah keluarga petani. Mak kata, mak hanya balut aku dengan kain batik jer! Tapi mak dan ayah sayang aku bagai menatang minyak yang penuh. Mana tidaknya. Sebab aku baby baik dan comel...Hahaha! (perasan sikit). Ni mak aku cerita. Apapun semua bayi adalah comel. Orang tak sayang anak jer buang-buang bayi.
Okey! Aku nak cerita mula-mula aku belajar menulis.
Aku tulis hurup 'a'. Penuh muka surat buku rampaian. Itu hari pertama aku ke sekolah. Aku buat bulat dulu macam ni 'O', kemudian aku garis macam 'I' di tepinya. Rapatkan O dan I.
Cikgu tulis kat atas helaian buku aku dengan pen warna merah a...a...a...a...a, aku pun ikut kat bawah dengan pensel. Helaian pertama tu, mula-mula tulis besar jer. Lepas tu makin kecillah pulak. Menyerong ke tepi.
Aduiii! Makin menipis getah pemadam aku sental kat buku tu. Aku buat sampai lurus. Esoknya aku pergi ke sekolah. Senyum jer.
Cikgu bagi markah A. Wahhh! Sukanya aku. Kembang rasa hati berbunga-bunga.
Lepas tu cikgu ajar tulis b...b...b...b... pula dan seterusnya c...c...c...c... sampailah ke z...z...z...z... (Nasib baik tak ZZzzz = tidur). Bangganya aku bila cikgu puji tulisan aku cantik. Kembang kempis gak hidung aku masa tu. Asyik dapat A jer.
Masih ku ingat. Hari pertama aku ke sekolah. Malam tu aku langsung tak dapat tidur. Terasa lambat betul hari siang. Kasut sekolah, baju sekolah dan semua buku-buku aku letak tepi bantal. Aku pesan dengan emak berkali-kali, sampai emak aku pun naik rimas. Hehehe! Dan aku pun tak tahu jam berapa aku terlena.
Aduiii! Malam tu pula bulan terang. Aku sangka hari dah siang. Aku tak tidur dan aku kesiangan. Punyalah kuat bunyi siren (menangis) aku. Hehehe! Gempar seisi rumah. Mak dan ayah aku sangka aku di gigit binatang berbisa. Aku terus menggelupur bangun mandi. Pakai baju sekolah, setokin dan kasut.. Mak dan ayah gelak. Jam baru pukul 4 pagi. Mak suruh aku masuk tidur semula. Huhuhu!
Pagi itu, mak buat cekodok pisang. Kuih kegemaran aku dan kopi panas. Tapi aku rasa tak tertelan. Punyalah nak cepat dan tak sabar rasanya nak menjejakkan kaki ke sekolah. Ayah senyum jer.
"Bongsu bunga lada memang macam tu", kata ayah.
"Bongsu mengada-mengada", kakak aku pulak mencelah. Punyalah aku geram, mereka perli-perli aku pulak. Tapi tak apa, aku sabar jer. Hehehe!
Alamak! Hari dah petanglah...
Nanti aku sambung lagi tulisan aku, ekkk?
BUNGA DAMAI
okt-30 : 6:42 pm
No comments:
Post a Comment