07 December 2008

aop 62 - sir_tgKudin [ pemegang share ]




[ sejarah sir tengku kudin ]

Kudin pada mulanya adalah seorang pemuda kampung yang bekerja menanam pisang di sebuah kampung terpencil di pedalaman. Berkat kerajinan beliau pada masa itu dalam masa usia yang masih muda iaitu 17 tahun beliau berjaya mendapat Anugerah Belia Contoh Peringkat Daerah Kubang Kerian 7 tahun berturut-turut.

Maka bermulalah kerjaya cemerlang pemuda ini yang mana akhirnya dapat menawan hati puteri Raja Masai ketika itu. Bercinta, cheting, tukar2 ym, men sms, bergayut 7 hari seminggu lama-lama si Kudin naik bosan dah ni. Kudin tak bleh tahan. Lepas 7 bulan tindakan drastik diambil lalu memaksa puteri Masai meminang dirinya. Wedding of the year disambut dengan gilang gemilang siap astro ngan tv3 berebut hak penyiaran. Majalah mangga, urtv toksah cerita la...17 belas bulan asik cerita depa jer dok frontpage..naik muak dah penduduk pekan beli majalah masa tu.

Dari perkahwinan itulah King of Masai menganugerahkan gelaran Tengku kepada beliau. X silap gua pada bulan 7 tahun 1947. Tapi Kudin betul punya silap masa tu. Gua dah syak lama dah. Adalah menjadi kepantangan beliau mendapat gelaran tengku-tengku ni. Pernah tak dengar anda peribahasa...Kudin dan Tujuh tidak dapat dipisahkan? Maka tepatlah bidalan orang2 tua tersebut...asal Kudin mendapat gelaran Tengku saje maka seluruh negara diancam Tengku Kudin dan Tujuh = Tengkujuh.

Maka pada hari ini dalam tahun 1952 (5 + 2 kan 7 tu), negara mengalami bencana besar. Tengkujuh selama 7 purnama. Dalam tragedi menyayat hati itu puteri Masai telah hilang ditelan tsunami. Tinggallah Tengku Kudin meratap sepi merana membawa diri. Tapi Tengku Kudin ni smart gak owgnyer. Maklumla, owg dah biasa join MLM ngan Online Biz. Berbekalkan sijil anugerah belia dulu beliau kembali ke Masai dan memulakan kembali rutinnya sebagai belia harapan negara. Lepas 7 tahun......~!!pling-pling-pling!!~~............................................

[ , ]

[ gua tunggu belon flashback nih......lu orang tunggu apa? ...iskh ].........

[ , ]

Lu org pikir sendirilah...7 tahun bai bukan 7 hari....Penghasilan pokok pisang seluas 70 hektar sekali dia expand. Fuh kaya masa tu Tengku Kudin. Nak apa jer main petik. Nak banglo? kereta? pakej percutian? karaoke?.....pisang???...pisang, pekerja bangla dia yang pakai baju smart 'tight in' tu la yang petik. Raja Masai masa tu konsider pak mentua dia lagi sebab Raja Masai pun tak der sedara mara lain hidup sebatang kara...[ macam semekin la plak bunyinya ]. Disebabkan kroni, Raja Masai menganugerahkan pula gelaran Sir kepada beliau. Lama gakla dia idup senang lenang. Mau dekat 70 tahun.

Tapi trauma kehilangan puteri Masai sedikit sebanyak mengubah diri beliau sehingga menjadikan beliau mengalami krisis identiti. Sehingga entri ini ditulis pun beliau masih tidak dapat menentukan sama ada mahu terus menggunakan gelaran tengku ataupun sir. Maka bermulalah episod baru manusia bernama sir_tgKudin.


*nota kaki
[ cerita kat atas tu baru episod IV. Lu orang tunggu babak saspen episod sebelumnya masa Kudin masuk pertandingan lumba lari bawak pisang. Masa tu la dia disyaki memiliki kuasa jedi pisang. Adegan masa tu memang thriller abis siap ada kesan khas letup-letup. Tapi gua kena abiskan la dulu entri ni sampai episod VI.....Aaaaa? Erk?? Kenape?........Ek eleh? Lu orang x pernah tgk Star Wars ker?....Tak Star Wars la kalau gua cerita siri I dulu ]

No comments: