07 December 2008

aop 60 - Knz [ despatch rider ]



[ kalau la yamaha kenal gua ]

Eh?? Apasal gua rasa gua dah tersilap post untuk entri ni kat entri Latipah^Sameon? Ahhh...lantaklah...

Ni cerita pasal cita-cita gua suatu masa dulu...dulu-dulu masa gua darjah 2 [ 3 ] tak silap, gua adalah seorang inventor. Gua pernah bikin lori pakai belen2 papan arwah Wak Selamat - tukang rumah yang buat rumah bapak gua. Dia punya tayar seingat gua jugak pakai tudung oren pas tu ketuk2 tepi dia bagi jadik nipis. Pun pinjam tukul arwah Wak Selamat punya.

Sebelum ketuk2 tepi tudung oren tu, nak kena cungkil dulu getah pelapik dia. Ada sorang member gua yang lebih senior budak darjah 6, Ucop namanya. Kita owg panggil dia Ucop Belacan...pasal nama bapak dia Bahasan...[ eiiiiii!! x baik ngata nama ayah owg ]. Lagipun si Ucop ni kalau gi sekolah baju dengan kasut dia memang tak pernahnya semenggah. [ lagi sekali....eiiiiii! x baik ngumpat owg ]. Lasak sangat agaknya dia. Sampai naik lebam baju dengan kasut kes main sepak tanah ker tak pun asyik duk melayan polis sentri. Baju dah rupa belacan!!!...Tapi sampai skang gua dengan Ucop memang ngam. Dia dah kawin dah pun dengan awek kampung sebelah bernama Sarimah. Anak2 dia pun dah sebaris 3 orang lelaki semua. Gua kalau tengok anak2 si Ucop ni, tiba2 jer ........mesti ada bunyi !!pling-pling-pling!!....terbayang rupa Ucop masa gua sibuk jadi saintis @ inventor dulu.

Cerita pasal tayar lori papan tu, si Ucop ni pernah klepet gua. Dia kata kalau tukar pelapik getah balik tudung oren tu kena tengok ada gambar ke tak. Kalau ada kena kumpul2 banyak2 lepas tu boleh tukar dengan hadiah. Macam2 hadiah la. Gua masa baya2 tu mana ada lesen lagi nak pergi kedai sebab kedai tu jauh [ eleh bila dah besar ni gua ukur...takder lah jauh mana sangat ]. Bapak gua je yang rajin keluar beli barang dapur termasuklah air botol yang gua selalu suh dia belikan. Melalui pembelian tersebutlah, gua giat mengumpul tudung oren. Mana pelapik yang ada gambar, gua kumpul sampai cukup haul dan nisab. Jadi harapan gua, gua sandarkan ke bahu Ucop untuk operasi menukar pelapik2 tudung oren tu. Sekecik2 gua pun, gua tau apa itu erti ghairah. Tiap kali Ucop datang umah gua, gua akan ghairah bertanya bila boleh dapat hadiah tu Cop? Ucop kata pakcik warung tu tengah tunggu tokey cina datang. Tiap kali Ucop datang, gua akan ghairah bertanya lagi...dia datang je gua tanya...asal dia datang je gua tanya. Sampai dia pun naik fedap. Ada sekali tu dia jatuh baran dengan gua, dia gaduh marah-marah dengan gua dia kata gua pulak yang menipu. Nak kaber line dia la tu. Kita owg kelahi...kelahi...kelahi...pas tu.....baaaaaik semula. kelahi...kelahi...kelahi...pas tu.....baaaaaik semula.........gua dengan Ucop ni memang ngam ibarat betis dengan lutut....kita owang takderla gaduh stail org2 tua kat kampung gua. Kelahi...kelahi...kelahi....pas tu keluar parti!

Satu hari tu Ucop ada bawa cerita lain. Kali ni pasal kuaci.

Kalau kita beli kuaci yang berharga sekitar 10 sen pada masa tu, dalam kuaci tu mesti kita akan dapat satu kad atau kertas lipat2. Kalau kat kertas tu ada cop lambang 10 sen. Kita, sama ada ;
1] boleh tukar dengan duit atau
2] nak tukar dengan kuaci lagi sekali.
Ucop dalam diam telah menghasut gua laksana syaitan. Dan kekerdilan gua pada masa itu gagal menghalang hasutan tersebut. Ucop selalu suh gua mintak dengan mak gua 50sen. Gunanya untuk beli kuaci. Dia kata kadang2 kat kertas tu ada orang pernah dapat cop 50sen. Seringgit pun ada. Gua mana tau Uco nak klepet. Tapi gua mmg ada rasa nak untung cepat. Gua pun dengan ala-ala manja pergi pau mak gua 50sen. Mak gua ni memang baik sama macam bapak gua. Dia tanya nak beli apa, gua jawab jujur nak beli kuaci. Atas kejujuran tu lah agaknya mak gua tak banyak soal bila gua mintak 50sen hari tu.

Nak dijadikan cerita, pergilah si Ucop ni ke kedai Awang Pesaga [Awang Pesaga ni cina tapi pasal lama bercampur dengan melayu owg kampung panggil dia dengan nama Awang Pesaga. Nama cina dia mati2 sampai skang pun gua tak tau]. Balik je Ucop dari kedai, kitowang pun memulakan operasi mengkelobek plastik kuaci. Dalam kepala sebenarnya tak ingat nak makan kuaci dah. Riak punya pasal gua dan Ucop buat baling ayam jer kuaci tu. Punya la merembat ayam tu bila kitowang baling. Rembat nak pagut kuaci ler.

Misi nasional gua dalam kepala...kertas kat dalam tu yang lagi penting. Gua bukak satu...takder luck. Ucop bukak satu dapat 10sen. Gua bukak satu pun takder luck. Ucop bukak pulak. Fuhhhh!!! 50sen!!! Yang benar ni. Gua sudah jatuh cemburu...kadang2 ada rasa sikit2 nak terjerumus ke tamak...Kalau ada pistol dah lama gua bunuh Ucop ni penuh stylo macam cerita mafia tu. Gua try gua punya last ong...Yah!!! Lagi 50sen. Wah!! Ini hari gua sudah jadi owg kaya!!...Kepala memikir camana nak bolot harta rompakan ni. Seraya bergegas ghairah, gua cepat suruh Ucop tukar kertas tu kat kedai Awang. Ucop pun apa lagi tak pandang kiri kanan dah tapi tangan dia sempat jugak la capai kuaci sikit masuk dalam poket. Gua menanti dengan pasrah. Sekali petang tu hujan lebat. Gua rasa demotivated yang terlampau.

[ , ]

...Takperlah Ucop. Besok kita jumpa kat sekolah.

[ , ]

Hari persekolahan. Gua tanya Ucop pasal kertas tikam tu. Ucop kata dia tak tukar lagi pasal tak sempat. Hujan. Nanti petang koi pergi. Kata Ucop. Gua terima, sebab alasan dia memang konkrit pada waktu tu. Hari ini petang. Hujan lagi. Besok petangnya. Hujan lagi. Lusa pun serupa. Takder hari lain ke nak hujan ni?

Sekolah dah nak tutup cuti penggal. Cuaca tak menentu. Akhirnya gua terbiar keseorangan. Cuti penggal gua tak nampak bayangan Ucop. Mak gua kata Mak Ayah Ucop bawak Ucop pergi jalan2. Jadah betul Ucop!!! Lu klepet semua harta rompakan. Lu tunggu suatu hari nanti anak gua akan balas dendam dan tembak lu kat kepala.

Sampai satu ketika gua menyerah dan putus harapan. Gua tak tanya Ucop lagi. Gua juga hilang ghairah sudah.

Tahun depannya masuk sekolah baru. Gua sudah hampir terlupa. Terlupa segala. Gua daftar masuk darjah 3 [ 4 ]. Ucop rupanya dah sekolah menengah.
Gam***g, Celaka!!! Ucop Belacan Kaki Kelepet!



*nota kaki
[ i : sila rujuk gambar : gua sebenarnya nak proposed kat yamaha, beskal tu nama dia KnZ [ Kayuh N Zoommm!! ] bukan RxZ seperti yang tertera ]
[ ii : sumpah Ucop!! gua bukan mau ungkit cerita lama...gua dah lama halalkan perbuatan lu ]

No comments: