Masa gua mula-mula masuk ke irc dulu, gua sering nampak nick dia di channel #veteran di mana beliau merupakan salah seorang OP di situ. Tiap kali channel didatangi mereka yang tak dikenali dan merapu-rapu sehingga ke hal 18sx, Jida pasti akan menghantar notis ke public, *This is not a sex channel. Bergegar sekejap skrin gua.
Gua juga tak pernah bergathering semenjak gua melakukan 'comeback' ke dunia irc. Tidak seperti chatters lain yang lebih mengenali beliau dan pernah bersua muka dengannya. Oleh itu apa yang cuba gua kongsikan ini tidak lebih dari dedikasi seorang chatter kepada chatter yang lain.
Gua link dengan Jida ni pun secara tak langsung. Waktu mula-mula dulu, gua sering dikaitkan dengan suami beliau (masa tu belum suami dia lagi, seingat gua), iaitu SeSumpah aka tamrong aka Don McGrago Montoya. Sehinggakan gua menggelarkan tamrong sebagai 'kajen' (cousin, merujuk kepada biawak komodo dan sesumpah dari keluarga yang sama).
Berbalik kepada hal Jida, sepanjang yang gua tahu beliau telah lama menderita sakit. Gua syak dia mengalami kanser. Ini berdasarkan pengamatan gua yang beliau telah menjalani rawatan kimoterapi. Ada sekali tu, ramai sahabat-sahabat irc datang menziarah ketika beliau dirawat. Dari apa yang gua dengar beliau betul-betul berjuang melawan penyakitnya itu disokong oleh suaminya sendiri serta kaum keluarga yang lain.
Sebagai seorang pengguna irc yang hanya berhubung di alam maya, gua memperingatkan diri gua dan diri lu. Hidup ini adalah realiti. Mati juga realiti. Tiada yang virtual bila memperkatakan tentang soal hidup dan mati. Tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Semua manusia tidak terkecuali termasuklah gua, lu ataupun dia.
Malam tadi, gua mendapat berita bawah akhirnya setelah lama sengsara dan berjuang melawan penyakit, Jida aka Zida aka Hadzida bt Ali telah dipanggil menemui Illahi. Oleh itu, melalui entri ini, gua merakamkan perasaan simpati gua kepada seluruh ahli keluarganya. Kepada kajen, gua harap lu tabah menghadapi ujian ini. Takziah. Semoga roh Hadzida Ali tenang bersama roh orang-orang yang mukmin.
Al-Fatihah...
"Senyum, tawa, perjuangan dan semangat. Itu yang tinggal sebagai kenangan. Simpan kenangan bersama malam kecundang. Patah sayapnya kehampaan".
1 comment:
Ya saya mmg tak puas hati dgn tukang mop..tolong mop lantai kasi kering occay~~ pelanggan hampir terjatuh~~
Post a Comment