20 March 2017

assalamualaikum
mane warga2 kelabmalam dalnet ni..still wujud lgi ke kawan2 sume...lame da tak beramas mesra ngn uolls hehe..

12 December 2010

Kalau Binatang Ada Facebook

Mungkin Lu Orang Pernah Baca Post Neyh.. Gua Ada Post Kat MukaBuku Arituh.. Gua Saja nak Repost Kat Sini Plak.. Gua Suka Conteng2 Dinding..


KALAU BINATANG ADA FACEBOOK, AGAK-AGAK BEGINI LAH

KOMEN-KOMEN BINATANG TERSEBUT KAT STATUS YG MCM KOWANG SELALU POST TU…….


Hehehehe


CICAK : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih…


NYAMUK : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah. ..


AEDES: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!


AYAM: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh! ...


CICAK : isteriku tersepit pintu


KUCING BETINA: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”


AYAM : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...


NYAMUK: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa


CICAK : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap … baru beli videocam baru …


KUCING: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!


TIKUS: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?


KATAK : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..


ULAR : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..


ANJING: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.


KUDA: Patah kaki! Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.


KURA-KURA: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi


SIPUT BABI: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2


GAGAK: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles


BURUNG KAKAK TUA: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!


BABI HUTAN: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.


KERA: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah


TIKUS: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.


LALAT: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.


SOTONG; Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut


KUCING : update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kak lela majnun. ..


LIPAS : merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn. ..gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee....


ITIK SERATI : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2. ...nk tiru aku le tu.. lol....


IKAN LAGA: Boring sey, duduk sorang2 dalam tangki ni.


IKAN PARANG; Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok


IKAN JERUNG: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(


IKAN SEPAT: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah


IKAN AROWANA: Cantik tak sisik I? Cantik kan ?


IKAN MAS KOKI: macam mana nak kurus nie?


BIAWAK : Sedang bertungkus lumus membantu lori telur terbalik kat kejiranan gua

07 December 2010

Selamat Menyambut Tahun Baru Maal Hijrah 1432H Kepada Semua

Assalamualaikum..

Di sini me ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Maal Hijrah 1432H kepada semua.. Semoga kedatangan tahun baru ini memberikan kita sejuta perubahan dalam hidup.. Doakan yang terbaik.. Insyaallah..

Kebiasaannya, tiba sahaja Maal Hijrah setiap tahun, pasti akan berkumandang lagu ini di televisyen dan juga radio.. sudah pastinya semua mengetahui lagu ini..


Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum muhajirin dan ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman

Dengan harapan semuanya akan berubah.. Tutup buku lama dan buku baru pun bermula.. kita yang mencorakkannya.. samada hitam atau putih.. Jika baik yang kita inginkan, baik jualah yang kita dapat.. Jika jahat yang kita inginkan, jahat jugalah yang kita dapat.. Tingkatkan azam.. kuatkan semangat.. Insyaallah.. Doakan yang terbaik.. Mudah-mudahan apa yang kita inginkan, tercapai.. Amin..

Yang benar,
-syarienarifen-



peace (^.^)_v

30 November 2010

Gambaran Hari Kiamat

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. 

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. 

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. 

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. 

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. 

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. 

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. 

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: 

  - Pemimpin yang adil. 

  - Orang muda yang taat kepada perintah Allah. 

  - Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. 

  - Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. 

  - Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah". 

  - Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). 

  - Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. 

 

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. 

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. 

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi. 

'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. 

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. 

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin. 

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. 

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. 

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. 

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. 

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. 

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. 

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana. 

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. 

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : 

- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. 

- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. 

- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. 

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) 

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. 

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. 

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. 

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. 

 

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:  Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.  Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

Sedekah/amal jariahnya.

Doa anak²nya yang soleh.

Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

27 November 2010

Khilaf Tarikh Aidil Adha; Sejauh Mana Kekusutannya dan Sampai Bila?

Kita di Malaysia akan menyambut Aidil Adha pada tarikh 17 November 2010, hari Rabu.

Arab Saudi pula mengisytiharkan tarikh 9 DzulHijjah, iaitu tarikh hari ibadat wukuf pada hari Isnin, 15 November 2010.


Andai mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi, maka Aidil Adha ialah pada hari Selasa, 16 November 2010. Itu lah yang akan dilaksanakan oleh umat Islam di Arab Saudi, termasuklah jemaah haji dari Malaysia yang sedang berada di sana, Thailand dan beberapa negara Islam lain.

Persoalannya, kenapa Malaysia berbeza dengan Arab Saudi?

Untuk menetapkan tarikh hari ibadat Wukuf, iaitu 9 DzulHijjah, Kerajaan Arab Saudi akan mencerap anak bulan pada pemulaan bulan DzulHijjah. Penetapan tarikh dibuat betul-betul menggunakan kaedah Rukyah, iaitu melihat anak bulan. Arab Saudi tidak menetapkan berdasarkan Hisab. Hisab ialah perkiraan yang dilakukan oleh Ahli Falak atau Ahli Astronomi berdasarkan pergerakan bulan, bintang dan lain-lain. Untuk menetapkan ibadah puasa di bulan Ramadhan, Syawal dan DzulHijjah, Arab Saudi menggunakan rukyah, manakala Hisab digunakan untuk menetapkan perkiraan bulan-bulan lain kerana Arab Saudi menggunakan sepenuhnya Taqwim Hijri di dalam urusan rasmi mereka.

Aku pernah melalui satu tahun di mana taqwim untuk tahun tersebut terpaksa diubah kerana penetapan Dzulhijjah yang berbeza dengan apa yang telah tertulis di dalam Taqwim. Tahun itu, sepatutnya DzulQaedah adalah 30 hari berdasarkan Hisab dan itu yang tertulis di dalam kalendar Hijri tahun tersebut, tetapi oleh kerana anak bulan telah kelihatan, maka rukyah di utamakan dan kalendar tersebut diubah menjadikan DzulQaedah hanya 29 hari.

Kenapa Arab Saudi mencerap anak bulan DzulHijjah?

Kerana Arab Saudi ialah pemerintah yang bertanggungjawab menjaga Dua Tanah Suci Mekkah dan Madinah. Setiap tahun, umat Islam dari seluruh dunia akan berhimpun pada tarikh 9 DzulHijjah bagi mengerjakan rukun Haji, berdasarkan Hadis Rasulullah SAW :

"الْحَجُّ عَرَفَةُ"
Yang bermaksud : Haji itu ialah (wukuf di) Arafah

Maka sebagai melaksanakan tanggungjawab mereka, pemerintah Arab Saudi melaksanakan rukyah bagi menentukan permulaan Dzulhijjah untuk mendapatkan perkiraan yang tepat bagi ibadah sebesar Haji ini.

Semua mengetahui Aidil Adha di sambut pada 10 DzulHijjah, sehari selepas wukuf di Arafah.

Atas dasar inilah, Aidil Adha adalah tertakluk kepada Hari Wukuf di Arafah, kerana 10 mesti datang selepas 9. Tarikh 9 DzulHijjah ditetapkan bertujuan penyempurnaan ibadah Wukuf yang berlangsung di Arafah yang terletak di Arab Saudi, bukannya di tempat lain.

Maka menjadi satu kemusykilan kenapa kita perlu mencerap anak bulan Dzulhijjah di Malaysia. Alangkan penetapan tarikh Ramadhan dan Syawal untuk kita di Malaysia ni adalah berpaksikan Hisab (dan Rukyah). Kita meletakkan Hisab terlebih dahulu dan rukyah kita hanyalah sebuah syarat untuk Ramadhan dan Syawal. Kenapa untuk DzulHijjah kita perlu melakukan perkara yang sama?

Kita tidak bertanggungjawab menetapkan tarikh Aidil Adha, kerana ianya akan tetap berlaku pada tanggal 10 DzulHijjah. Dari mana datangnya 10 DzulHijjah, dari 9 DzulHijjah, Hari Wukuf di Arafah. Maka kita sewajarnya menuruti tarikh yang diletakkan oleh pemerintah Arab Saudi yang berdasarkan rukyah tersebut kerana mereka mencerap untuk Ibadah Wukuf, bukannya untuk Aidil Adha.

Besar sangat kah masalah khilaf tarikh ini?

Aku unjurkan masalah yang berhubungkait dengan kekhilafan tarikh antara Malaysia dan Arab Saudi ini.

1. Bila kita nak tunaikan puasa sunat 9 DzulHijjah? Adakah Isnin(mengikut taqwim Arab Saudi) atau Selasa (Mengikut Taqwim Malaysia)

2. Bila kita nak Solat Aidil Adha (tak perlu hujahkan ianya hanya solat sunat, tak perlu bising-bising kerana itu hujah yang tidak berhujah sebenarnya), Selasa (mengikut Arab Saudi) atau Rabu (mengikut Malaysia)?

3. Sembelihan Qurban pada hari Sabtu. Mengikut Taqwim Malaysia, Sabtu 20 November ialah bersamaan 13 DzulHijjah, hari terakhir dari Hari-Hari Tasyriq yang dibolehkan kita melakukan sembelihan Qurban sehingga waktu Asarnya...tetapi kalau mengikut taqwim Arab Saudi, Sabtu itu dah 14 DzulHijjah, bukan lagi hari Tasyriq. Jadi masihkan sembelihan itu dikira Qurban atau jadi sedekah umum sahaja?

Ini adalah di antara sedikit persoalan yang timbul akibat kekhilafan tarikh Aidil Adha antara Malaysia dan Arab Saudi.

Masalah ini bukan baru timbul setahun dua, tetapi dah lama. Sejak aku kecik dah dok dengar selalu berlaku. Takkan tak ada satu pihak berwajib, khususnya yang berkaitan agama boleh duduk berbincang hal ini. Bukan memerlukan masa yang panjang pun, tapi akan pastinya memberi kesan untuk jangka masa yang amat panjang. Wallahua'alam

Doa Untuk Yang Kecewa

Ya Allah…
Seandainya telah engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagian antara kami….
agar kemesraan itu abadi…

Dan ya Allah…
ya tuhanku yang maha mengasihi…
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah…
Seandainya telah engkau takdirkan…
dia bukan miliku…
Bawalah ia jauh dari pandanganku…
Luputkanlah ia dari ingatanku…
Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Melontar bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja nan merah…
agar aku bahagia…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan ya Allah yang tercinta…
Gantillah yang telah hilang…
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah…
Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya tuhanku…
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu…
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan…
Adalah yang terbaik buat ku…
kerana Engkau maha mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan di akhirat…
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini…
Jangan engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran…

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

Amin.. Ya Rabbal A’lamin.

09 November 2010

Karangan terbaik UPSR 2007 Karangan budak darjah 4

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.
Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.
Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.
Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.